Buah Tunjuk Langit

Buah Tunjuk Langit
Penawar asma resdung sesungugut sakit sendi kolesterol tinggi darah tinggi rendah

Khamis, 16 September 2010

BAHAN AKTIF PENTING UNTUK KESIHATAN DALAM BIJI TUNJUK LANGIT

1. FLAVONOIDS - Semakin terkenal di kalangan para saintis  dunia dengan keupayaannya meninggikan dan neningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo Biloba dan Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi dalam buah Tunjuk Langit mengandungi enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti pengoksidaan.

Fungsi-fungsi Utama Flavonoids
  • Mengurangkan paras gula dalam darah dan menyeimbangkan kandungan gula dalam darah.
  • Memperbaiki kelancaran peredaran darah.
  • Menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh badan.
  • Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah.
  • Mengurangkan kandungan kolesterol yang tidak baik dalam darah.


2. SAPONINS - Enzim semulajadi seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Tunjuk Langit dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana meningkatkan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah. Kandungan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjung dunia iaitu herba Ginseng Panax.

Fungsi-fungsi Utama Saponins
  • Mempertingkatkan daya imuniti tubuh badan.
  • Merangsangkan perembesan insulin dari pankreas.
  • Meningkatkan fungsi pembinaan darah.
  • Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan.
  • Melancarkan sistem saluran pernafasan.
  • Meningkatkan daya penghasilan sperma lelaki.
  • Memperbaiki sistem peredaran darah.
  • Menyah toksid dalam badan (Detoksifikasi)
  • Mengelakkan kemabukan dan keracunan.
  • Mententeramkan fikiran dan otak.
  • Menghilangkan kelesuan minda.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Memperbaiki isomnia.
  • Menguatkan hati.
3. BITTER ALKOLOIDS - Adalah unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Biji Tunjuk Langit adalah pahit jika dimakan begitu saja. Rasa pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkoloids yang tinggi di mana ini membuatkan darah di dalam badan terasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.