1. FLAVONOIDS - Semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan neningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo Biloba dan Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi dalam buah Tunjuk Langit mengandungi enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti pengoksidaan.
Fungsi-fungsi Utama Flavonoids
- Mengurangkan paras gula dalam darah dan menyeimbangkan kandungan gula dalam darah.
- Memperbaiki kelancaran peredaran darah.
- Menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh badan.
- Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah.
- Mengurangkan kandungan kolesterol yang tidak baik dalam darah.
2. SAPONINS - Enzim semulajadi seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Tunjuk Langit dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana meningkatkan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah. Kandungan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjung dunia iaitu herba Ginseng Panax.
Fungsi-fungsi Utama Saponins
- Mempertingkatkan daya imuniti tubuh badan.
- Merangsangkan perembesan insulin dari pankreas.
- Meningkatkan fungsi pembinaan darah.
- Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan.
- Melancarkan sistem saluran pernafasan.
- Meningkatkan daya penghasilan sperma lelaki.
- Memperbaiki sistem peredaran darah.
- Menyah toksid dalam badan (Detoksifikasi)
- Mengelakkan kemabukan dan keracunan.
- Mententeramkan fikiran dan otak.
- Menghilangkan kelesuan minda.
- Melambatkan proses penuaan.
- Memperbaiki isomnia.
- Menguatkan hati.