Buah Tunjuk Langit

Buah Tunjuk Langit
Penawar asma resdung sesungugut sakit sendi kolesterol tinggi darah tinggi rendah

Rabu, 1 September 2010

APA ITU TUNJUK LANGIT?




Swietenia macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Hondarus atau Tunjuk Langit adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. 


Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu. 





Buah Tunjuk Langit mempunyai khasiat yang tersendiri.
Dalam biji Mahogani atau Tunjuk Langit  ini terdapat kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid. disamping itu, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya. Buah Mahogani atau Tunjuk Langit telah mendapat perhatian di mata dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripada buah tersebut. Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji dari buah Tunjuk Langit atau Mahogani mengandungi banyak khasiat semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem peredaran darah di dalam tubuh manusia.